Selamat pagi dunia;

Dear blog;
Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku masih menghirup keindahan dunia ini. pagi ini aku bangkit dari lenaku agak lewat hasil tidur lewatku semalam. bangun-bangun sahaja kulihat rumahku sunyi sepi. ya; hanya aku sahaja yang berada di rumah.
Aku turun ke bawah; menggosok gigi dan makan spaghetti goreng yg telah disediakan oleh ibuku subuh-subuh tadi. spaghetti itu sudah sejuk; sesejuk hatiku yang telah pulih dari kesedihan semalam. aku segera mambancuh milo untuk ku jadikan pelengkap sarapan pagiku.
Kemudian; ku buka suis TV dan menekan channel 413(star movies).cerita komedi 'gone fishin' ditayangkan. namun bagiku; cerita ini tak lawak pun. hanya penuh dengan kebodohan , keberanian dan persahabatan.

Tamat sahaja cerita tersebut; aku segera menutup TV dan membuka komputer. Lantas keboringan yang melanda membuatku menulis padamu lagi. maafkan aku blog. sering kau kujadikan tempat merapu. meluah rasa dan kata-kata yang entah apa-apa. Terima kasih blog.
0 kata orang .:
Post a Comment