
Dear blog ,
Kini , aku sudah mampu kembali tersenyum dan bangkit dari kesedihanku . aku kembali ketawa gembira tanda ketabahan diri ini . terima kasih kepada TGBians semua . aku suka TGB .
aku suka TGB kerana di sini aku mula melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza . aku suka lihat cara dan gaya pelajar - pelajarnya yang amat berkarisma tinggi . mereka memang hebat . aku akan cuba mencontohi kehebatan mereka dari setiap segi yang baik .
aku suka TGB kerana di sini diterapkan nilai islamiah yang tinggi dalam diri pelajar -pelajarnya . sedaya upaya tenaga penggerak TGB cuba melahirkan insan yang bersahsiah tinggi , bermaruah , dan berperibadian mulia . BADAR turut memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab berdakwah kepada senior - senior dan junior - junior agar tidak terlalai dengan mainan buana . mungkin di sini aku akan berubah . tidak mustahilkan ?
aku suka TGB kerana aku ada yaya dan farah yang buatku tertawa gembira . kehadiran mereka sedikit sebanyak mengubat kerinduanku kepada rakan - rakan tercinta di lenggong . kehadiran mereka juga mewarnai kehidupanku di TGB . kepada yaya yang gold digger tapi aku tetap sayang , dan farah yang sering jadi mangsa kenakalanku tapi tetap sabar melayan kerenah perempuan ini , thanks wehh ! thanks sebab sokong aku waktu aku sedih sangat atas konflik yang berlaku haritu . AKU SAYANG KORANG SANGAT - SANGAT WEHH ! MUAHHH !
aku suka TGB kerana tenaga pengajarnya sangat baik dan caring . sama macam kat lenggong dulu . rindu sangat cikgu - cikgu di lenggong . konsep love and care yang dijalankan pihak maktab jelas mencerminkan nilai kasih sayang tenaga pengajar di sini kepada para pelajar . ketegasan para warden terutama ustaz hambali sudah terang lagi bersuluh atas dasar rasa sayang yang mendalam kepada para TGBians .
aku suka TGB kerana mama homeroomku sangat baik , bersikap keibuan , penyayang , prihatin dan lemah lembut . kasih keibuannya membuat aku rasa sangat dekat dengan mamaku di rumah .bertuahnya aku menjadi ahli homeroom zamrud B yang dinaungi oleh mama tersayang iaitu Puan Norwati Silu , guru add math di TGB . kelembutan mama membuat aku menyenanginya dan menyayanginya seperti mamaku sendiri . terasa rindu pula kepada cikgu ida .
aku suka TGB kerana dekat dengan rumahku . walaupun tak lah dekat sangat tapi tak lah sejauh rumahku dengan lenggong . kini , aku sering dihantar menaiki kereta untuk pulang ke maktab .
aku suka TGB kerana BKP nya sangat bertanggungjawab . setiap tugas dilaksanakan dengan baik . aku sangat berpuas hati .
sebenarnya , masih banyak tentang TGB yang membuat aku jatuh cinta kepada TGB , tetapi aku sangat malas menyambung menaip . lagipun entry kali ini macam panjang jer . masih banyak yang ingin diceritakan tapi biarkanlah dulu . akan disambung nanti . SAYANG TGB !
0 kata orang .:
Post a Comment