Assalammualaikum,
Berhabuk dah blog ni. Selalunya saya hanya akan ke sini bila saya rasa perlu untuk meluahkan rasa. Maka saya akan menulis, melepaskan rasa yang terpendam. Ya, hari ini saya kembali....
Semalam saya keluar dengan N (bukan nama sebenar dan bukan juga noh hujan--> hehe, karang ada yang ingat saya ni angau sangat sampai rampas laki orang pulak). Kemudian something happen. Haihh, sebenarnya saya nak cakap saya rasa bersalah yang amat. hmmmm. tu laah sebab saya nak menulis. sebenarnya since N nampak serabut lagi I've been fighting the urge to cry. But, seganlah wey nak nangis depan orang. Bila sampai LRT pulak, baru saya perasan telefon bimbit saya entah ke mana entah. Masalah betul. Waktu tu saya doa sangat terus jumpa mak saya dekat LRT tu. Dahlah telefon awam pun rosak SEMUA. -__-"
Saya pun dengan longlai dan tak tahu nak buat apa menuju ke tandas untuk berwuduk, kemudian menuju ke surau untuk solat asar. Saya memang berserah je waktu tu. Doa jelah yang mampu. Lepas solat saya terus naik escalator, tiba-tiba nampak kawan mak saya dekat atas tu. Alhamdulillah, termakbul hasrat saya nak jumpa mak terus. Waktu saya bagi tahu telefon bimbit saya entah ke mana, ma memang bebel lah. Haihh. Bila balik saya buka twitter, saya terbaca tweet N. saya terus tutup twitter. Okay, sebenarnya saya baru sedar betapa saya care bout others.
1. waktu saya sedar handphone saya takde, saya tak fikir pasal phone tapi saya masih fikir pasal N.
2. Waktu saya doa time solat asar tu, saya hanya mendoakan parents N lembut hati sebab saya betul2 susah hati!
3. Dalam LRT dan KTM on the way balik rumah, saya termenung jauh fikir apa agaknya yang berlaku.
4. Saya solat maghrib dalam tangisan, juga kerana risaukan N, bukan kerana handphone.
5. Saya nangis sampai isyak, saya wuduk dan solat isyak, kemudian sambung menangis dalam solat dan doa.
6. Saya memang tak lalu nak makan, tapi sebab ibu saya dah marah2 suruh makan, saya makanlah jugak sikit. sekadar menjaga hati. Ya, walau risau mana pun, hati ibu perlu dijaga.
7. Kemudian saya terus tidur. Sebab saya letih sangat menangis.
Melalui peristiwa ini, saya selami diri saya sendiri. Baru saya perasan saya ni lembut hati orangnya. Saya juga terlampau memikirkan orang lain sampai mengabaikan diri sendiri. Bagus ke tidak? entahlah..saya pun tak tahu.
P/S: saya pun tak tahu kenapa saya tulis benda ni -_-
0 kata orang .:
Post a Comment