Saturday, April 27, 2013

Heroku.

Dalam hidup aku sekarang, ada empat hero. Ini kenyataan pertama. Simple.

Hero pertama,
tangannya sepertiku (daripada kata-kata orang sekeliling). Dia punca aku tersenyum dan juga punca aku menangis. Mungkin dia kurang muncul dalam episod hidupku, tetapi dia sering di hati. Dia ajar aku menjadi kuat dengan setiap airmataku yang menitis. Ya, dia amat ku sayangi, tidak kira apaa pun yang berlaku. meski hati kadangkala terkilan, namun dia tetap heroku.

Hero kedua,
Mukanya sepertiku (daripada kata-kata orang sekeliling). Dia sangat menjengkelkan. Menjengkelkan yang amat. Kadang-kadang dia buat aku rasa aku gadis paling tabah di dunia kerana berjaya mengharungi hidup dengannya. Tetapi sejengkel jengkel dia, aku tahu dia menyayangiku. aku tahu dia melindungiku seperti mana aku melindunginya. Dialah teman, dialah lawan. Yang paling penting, dia heroku.

Hero ketiga,
Dia unik. Pernah melemparkan kata kata yang membuat aku sentap seketika 11 tahun yang lalu. Namun tahun berganti tahun, kami semakin rapat. Aku dan dia seakan memahami satu sama lain. saling menyimpan rahsia dan berkongsi cerita dan pandangan (juga berkongsi baju kerana aku suka rembat bajunya). Walaupun kami jarang berkomunikasi apatah lagi mengungkap kata sayang, aku tahu dia sayang aku. Dan aku pun walau tak tunjuk sangat sayang padanya. Heroku.

Hero keempat,
unknown. :)

0 kata orang .:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com