Sudah menjadi rutin aku, setiap hari jumaat, berdiri di situ memerhati.
Ya, sebagai anak manja aku sememangnya balik setiap minggu. dan setiap minggu aku berjanji dengan mama untuk bertemu di KL Sentral. Selalunya aku akan tiba lebih awal. Sementara menanti, mata ini melilar memerhati gelagat manusia yang bermacam jenis. Aku lebih senang memilih untuk berdiri di sebelah tiang di hujung-hujung penjuru. Tujuannya agar tidak terlalu menonjol kerlingan tajamku ke arah sekalian manusia yang ada di situ. Sedang aku berdiri, datang seorang pakcik tua kurang upaya. Tekaanku dia bekas askar. Namun mungkin kerana keadaan kakinya yang tempang dia terpaksa bersara. Aku perhati langkah sumbingnya. Hati ini sayu, tetapi aku tidak tahu bagaimana ingin membantu. Seperti teori yang aku pelajari dalam subjek psikologi, 'diffusion responsibility' aku berpendapat dia sepatutnya dibantu oleh mana-mana lelaki yang berada di situ ketika itu. Lagipun aku sedang memegang barang yang terlalu banyak dan keadaan tidak mengizinkan aku untuk meninggalkan barang tersebut begitu sahaja. (Ini alasanku untuk menyedapkan hati yang semakin sayu dan sayu) Pandanganku beralih pada satu wajah ke satu wajah lelaki-lelaki sihat yang ada di situ sambil fikiran ligat memikirkan siapa agaknya yang akan membantu pakcik tersebut. TIADA. Ya, tiada yang membantu.
Semua kelihatan sibuk dengan kehidupan sendiri. Mungkin mereka tidak sedar bahawa dunia ini bukanlah berkisar pada diri kita sahaja. Bergelak ketawa dan laju melangkah. Bukan tidak peka akan keadaan sekeliling tetapi mereka memilih untuk tidak mempedulikan apa-apa selain urusan mereka sendiri. Otakku mula ligat berfikir. Adakah aku juga begitu?
Aku mengagumi Aida Sue. Dia begitu giat menjalankan aktiviti kebajikan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Bila agaknya aku mampu menyumbang kepada masyarakat sepertinya?
Malangnya aku jenis yang bercita-cita, namun dalam pelaksanaan, aku sering berhenti. Mungkin aku rasa tak akan terealisasi, atau simply because Im lazy. Yeah.
Aku bukan seperti aida sue, ataupun royfizzow yang juga sangat komited when it comes to the things he likes, sebagai contoh, buat video. Aku ni konon nak start painting pun tak mula-mula lagi hah. Takpe, aku perlu berubah. One day, aku akan capai semua yang dalam to-do-lists aku.
Ok lah, panjang pulak entry kali ni. Di sini ingin aku promote video "Gadis Kebaya Biru" hasil karya royfizzow dan lakonan aku, iffah dan adawiyah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata orang .:
Post a Comment